Tuesday, January 18, 2011

update blog

dah lama tak update blog ni.. rasanye dah setahun blog ni bersarang... actually banyak mende yang terjadi dalam setahun ni... ada yg suka dan ada yang duka... dlm setahun ni aku berhadapan dgn krisis rumahtangga... sehingga membawa kepada perceraian... sebab2 nya tak perlu lah aku citer kat sini... bg pihak aku dan mahupun pihak dia.. memasing ada kelemahan... dan ditakdirkan jodoh kami sampai setakat ini saja... aku terima dengan redha.. tak pernah terpikir nak jadi janda di usia muda...

now, aku dah semakin OK.. walau kekadang teringat2 memori silam... biarlah ianya jadi kenangan.. dan aku pon semakin ceria dan bahagia dengan cara aku sekarang... bukan bermakna aku dah ada pengganti ok....

aku rasa, inilah dugaan yang paling berat yg pernah aku tanggung... baru aku tau betapa deritanya bila berhadapan dengan krisis rumahtangga... dan betapa deritanya menjadi janda.. patut lah seorang janda layak mendapat zakat.... betui ke ni??

cuma nak share dengan kengkawan, camana aku handle emotional aku ketika aku kecewa and putus asa masa aku baru bergelar janda sehingga lah sekarang ni..
1. mendekatkan diri dengan Allah... cintakan Allah, kekal abadi
2. tanamkan rasa bersyukur.. apa yg aku buat ialah dengan memikirkan nikmat2 lain yang kita dapat selama ni.. walaupun aku tak bernasib baik dlm rumahtangga, tp Tuhan kurniakan aku keluarga dan sahabat2 yang baik... mereka lah yang banyak beri kekuatan pada aku... thanks guys..
3. cari kawan2 senasib dan positif... bak kata kawan aku, "hanya janda paham hati n perasaan janda".
4. pergi ke seminar Law of Attraction (LOA) yang islamic punya la... kat sini aku belajar dgn lebih mendalam ttg berfikiran positif... teknik berdo'a.. dan sebagainya... sangat berbaloi2... sejak dari tu aku byk practice LOA ni.. ternyata berkesan.. dan aku semakin bahagia...
5. menyibukkan diri dangan kerja yang mendatangkan faedah....

so, itu lah yang aku buat utk menguruskan emosi aku yg tak stabil... ternyata ianya memberi kesan yang baik pada diriku ni.... tak lah kekecewaan tu berpanjangan... dan aku optimistic.. betul ke istilah yg aku guna ni... hehehe

"aku berjaya dan bahagia"
by shahlida..

No comments: